Sunday 9 September 2012

Pengenalan Tanaman Hiasan


Tanaman Hiasan Tahun 4


Memilih bekas tanaman hiasan 



Kebanyakan tanaman hiasan boleh ditanam dalam pasu atau bekas, terutama untuk tujuan hiasan dalam bangunan.Pelbagai bekas boleh digunakan seperti pasu, tayar terpakai, sabut kelapa dan kotak kayu. Untuk kelihatan lebih menarik bekas penanaman ini boleh direka mengikut kreativiti dan kesesuaian tempat. Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa memeilih bekas tanaman hiasan ialah :-

  1. Saiz yang sesuai dengan pokok yang hendak ditanam.
  2. Mempunyai lubang saliran. Ada lubang di bahagian bawahnya untuk mengalirkan air siraman berlebihan.
  3. Kemas dan menarik. Warna dan bentuknya menarik dan kemas.
  4. Ringan.
  5. Mudah dibersihkan
  6. Mudah alih.


Mari Belajar Jahitan Kia......


IKAN HIASAN TAHUN 5

PENGENALAN

1. Ikan hiasan ialah ikan yang dipelihara di dalam akuarium atau kolam hiasan.
2. Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan menyeronokkan.
3. Terdapat pelbagai spesies ikan hiasan tropika yang boleh kita pelihara.
4. Mari kita mengenalpasti beberapa spesies ikan hiasan tropika.

Angelfish


Warna : Putih keperakan, kekuningan dan berbelang hitam
Asal : Amerika Selatan
Makanan : Makanan rumusan, tumbuhan akuatik, hidupan air yang kecil
Saiz maksimum : 15 cm panjang



Ikan Kelisa


Warna : Keemasan, keperakan dan kemerahan
Asal : Amerika Selatan
Makanan : Haiwan yang kecil dan ikan ini jenis karnivor
Saiz maksimum : 100 cm panjang



Ikan Emas
Warna : Keemasan, keputihan dan kemerahan
Asal : China
Makanan : Semua jenis makanan ikan
Saiz maksimum : 12 cm panjang


Ikan Guppy

Warna : Keemasan, putih keperakan dan kemerahan
Asal : Trinidad
Makanan : Semua jenis makanan ikan
Saiz maksimum : 3 cm panjang
ALATAN TANGAN 

Playar Muncung Tirus



 


  1. Fungsi :

    1.       Membengkok dan memotong dawai halus.
    2.       Memotong kaki komponen
    3.     Memegang atau mencapai komponen elektronik
    di ruang yang sempit
    .
Playar Kacip ( Pemotong Sisi )


Fungsi :

1. Memotong dawai dan wayar elektrik.
2. Memotong kaki komponen elektronik.


Penjalur wayar


Fungsi :

1. Menjalur dan memotong wayar.





Fungsi ;

1. Mencairkan timah pateri ketika kerja - kerja pematerian.



Fungsi :

1.Menyedut timah pateri ketika kerja - kerja pembaikan litar.




Fungsi :

1. Melonggarkan dan mengetatkan skru.
2. Mengandungi pemutar skru jenis mata rata dan mata Philips.
3. Saiz : panjang dan lebar hujung mata